Christina Aguilera ketika beraksi di The Los Angeles Gay and Lesbian Center's "An Evening with Women: Celebrating Art, Music and Equality," di Beverly Hills, California, pada April lalu. -Foto APPENYANYI pop, Christina Aguilera merancang untuk mengurangkan beban kerjanya kerana ingin belajar memasak supaya dapat menyediakan makanan untuk suami dan anaknya.Penyanyi yang popular dengan lagu Beautiful ini merancang untuk menukar gaya hidupnya yang sentiasa sibuk supaya dia dapat memasak sendiri makanan untuk keluarganya. "Saya tidak ada masa untuk masa. Ibu saya pandai memasak dan saya sendiri sebenarnya suka jika anak saya gemar makan masakan ibunya. Saya teringin belajar memasak makanan yang enak," katanya di dalam sebuah laman web.Walaupun tidak begitu hebat di dapur, Aguilera menegaskan, dia amat menyukai makanan dan satu sebab mengapa dia sering bersenam ialah agar dia dapat menikmati makanan kegemarannya."Saya bersenam dan cuba makan selagi mampu. Itulah sebabnya mengapa saya bersenam, kerana saya memang gemar makan," kata penyanyi berusia 28 tahun ini.