Awie, Hans Isaac, Afdlin Shauki dan AC Mizal mendukung watak utama dalam teater 'Cuci The Musical' - Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOFMEMANG jauh bezanya teater Cuci The Musical jika dibandingkan dengan filem. Tahniah diucapkan kepada team produksinya terutama para pelakon yang berjaya ‘menghidupkan’ watak masing-masing terutama sekali Hans Isaac selaku eksekutik produser dari Tall Order Production selain mendukung watak utama di samping Awie, AC Mizal, Afdlin Shauki, Vanida Imran, Harith Iskander, dan Adibah Noor.Setiap butir percakapan dan dialog yang diluahkan dalam teater muzikal dipentaskan sejak 23 Oktober hingga 8 November di Istana Budaya itu pasti mengundang hilai tawa kepada penonton dan tidak kurang juga mengajar nilai-nilai murni kekeluargaan dan mencapai impian. Dan tema 'IMalaysia' turut diselitkan tanpa dibuat-buat. Bak kata AC Mizal yang menyebut ‘1Malaysia’ dalam salah satu babak teater itu, boleh disimpulkan tema itu didukung penuh melalui penyertaan pelakon, krew dan penonton yang terdiri daripada pelbagai bangsa.Penulis juga tertarik untuk menceritakan tentang latar set, props, permainan warna, muzik dan kreativiti lain yang mencerminkan teater ini mempunyai ‘kelas’ tersendiri.Walaupun jalan ceritanya ada sedikit yang diubah daripada filem ‘Cuci’, namun graf ceritanya penuh warna-warni, suka dan duka serta turun naiknya sekata.Pelbagai isu juga dikupas seperti rasuah, orang kaya menindas orang miskin, yang disampaikan amat menepati dunia realiti sekarang.Teater ini juga tidak lari dari tema percintaan seperti Awie sebagai Jojo bercinta dengan Adibah (Fara) manakala Hans (Khai) bercinta dengan Vanida (CJ).Tidak kurang yang terkesima sekejap dengan lawak-lawak penuh subteks seperti pisang Jojo, ‘nasib baik aku ada kes kalau tak dah lama aku belasah’ yang diungkapkan oleh Awie, wartawan yang tersilap memberi laporan berita.Termasuk juga lawak antarabangsa yang dicetuskan dengan merujuk fizikal pelakon seperti botak dan gemuk serta sikap dalam watak yang dilakonkan iaitu lurus bendul, pengecut, gayat, manja, pemalu dan banyak lagi. Bonus boleh menyanyiMenjadi satu bonus apabila semua pelakon utama dalam muzikal ini boleh menyanyi dengan baik terutama yang bukan mempunyai latar belakang seorang penyanyi seperti Hans dan Vanida.Penulis agak tertarik dengan pasangan ini yang mempunyai ‘chemistry’ ketika melakonkan babak bercinta melibatkan mereka berdua.Walaupun Vanida kadangkala nampak begitu berhati-hati dengan pergerakannya kerana sudah bersuami, namun dia pandai mengatur langkahnya agar tidak sumbang dan kekok dengan Hans.Pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem ‘Red Kebaya’ ini juga kadangkala mampu mencetuskan lawaknya tersendiri dengan penyampaian dialog yang bersahaja.Lontaran vokal dan pergerakan badan Vanida bagaikan irama dan lagu, bagi penulis lakonannya cukup segala-galanya dan menepati citarasa penonton.Adibah juga tampil dengan karektornya tersendiri yang penuh berwarna-warni. Babak melibatkan Adibah dan Awie juga mencuit hati penonton. Tambahan pula kedua-duanya memang pandai menyanyi. Kiranya mereka berdua mampu menyandang gelaran penyanyi terbaiklah!Afdlin juga tidak kurangnya, walaupun wataknya sebagai Fairil mampu membuatkan penonton benci dan marah terhadapnya tetapi di akhir cerita semua rasa bergabung menjadi satu malah disemai dengan perasaan kasihan dan sayang.Watak AC Mizal juga agak agresif dan lebih ke arah negatif namun dalam pada itu, watak C’Tan yang dilakonkan olehnya itu membuatkan penonton tertawa apabila banyak dialog lucu termasuk cara menyebut namanya yang sesekali tersalah sebut ‘Setan’.Hans pula mencetuskan lawak dengan karektor bendul, berterus-terang tetapi apabila berhadapan dengan CJ dia akan bertukar menjadi pemalu.Harith juga sesekali membuatkan penonton rasa terhibur dengan lawak bersahajanya memandangkan beliau memang mempunyai ciri-ciri humor dan merupakan seorang ‘stand up comedian’.Namun kadangkala dialog yang dilontarkan oleh Harith sebagai Wira agak sinis dan pedas.Tiada kata secantik bahasa, penggunaan dialog yang mudah difahami dan tidak meleret membuatkan teater ini cukup segala-galanya.Bukan sahaja sedap dipandang melalui mata, sedap didengar melalui telinga malah ia juga mampu menembusi hati penonton untuk mengambil segala pengajaran dan nilai murni yang diterapkan dalam teater ini.Garapan yang indah, kreatif dan padat dalam 'Cuci The Musical’ adalah milik pengarahnya, Zahim Al Bakri selaku koreografer, penulis lirik, komposer, pemuzik dan para pelakon. Dengan Harith sebagai pembantunya yang setia. Syabas diucapkan. Teater ini langsung tidak menjemukan. Kalau ingin berhibur, ayuh ke Istana Budaya.....'Cuci The Musical' menanti anda!