PELAKON Jenifer Aniston tidak mahu mengambil suntikan Botox lagi kerana prosedur itu mengeraskan wajahnya.Bekas isteri Brad Pitt itu mengakui yang dia pernah mencuba suntikan Botox sekali tetapi tidak berpuas hati dengan keputusannya. “Saya benci bagaimana suntikan itu mengubah muka kawan-kawan saya,” katanya dalam satu temu bual .Menurut pelakon filem Marley and Me itu lagi orang dapat tahu jika seseorang itu sudah tua tetapi mereka tidak dapat meneka umur mereka.“Botox menyebabkan muka mereka kelihatan sombong dan ini sesuatu yang tidak baik,” jelas Jenifer lagi.Sebaliknya, Jenifer menggalakkan sesiapa yang berumur dalam lingkungan 40 tahun untuk menjaga pemakanan mereka jika mereka mahu kelihatan muda dan segar. ”Jika saya makan burger dan kentang goreng setiap hari, saya tidak akan menerima tawaran berlakon seperti sekarang.“Saya mungkin akan dapat tawaran berlakon untuk watak-watak tertentu sahaja jika saya gemuk. Itu mungkin berlaku pada saya suatu masa nanti tapi bukannya sekarang,” tambah pelakon itu lagi.