GARA-GARA filem 2012, ramai individu turut mempercayai bahawa hari kiamat akan benar-benar terjadi pada tahun tersebut. Namun begitu, tidak buat Ahmad Dhani.Penyanyi ini meramalkan hari kiamat bakal terjadi 150 tahun lagi. "Saya tidak percaya Kiamat pada 2012. Saya ramalkan ia 150 tahun lagi," katanya seperti yang dilaporkan di laman web Detik Hot.Namun begitu, Dhani mengakui bahawa filem tersebut memang bagus. Menurutnya, filem garapan Roland Emmerich itu mampu membuatkan manusia takut akan kematian."Filem itu adalah filem dakwah. Ia memberikan rasa takut kepada umat Islam tentang kiamat," katanya.