suria

Ulama Indonesia Bahas Filem Kiamat '2012'

MAJLIS Ulama Indonesia daerah Malang melarang umat Islam untuk tidak menonton film tentang kiamat, '2012', yang sedang ditayangkan di pawagam-pawagam di Indonesia.

Ketua Majlis Ulama Indonesia daerah Malang, Mahmud Zubaidi mengecam penayangan filem '2012' yang dianggapnya dapat menyesatkan fikiran orang Islam.

Memetik laporan Tempointeraktif, Mahmud berkata, menurut ajaran Islam, hari kiamat tidak dapat dipastikan bila akan terjadi kerana itu kuasa Allah SWT.

"Yang dikhuatirkan, impak dari filem itu bisa membuat penonton, khususnya umat Islam, percaya kiamat pasti akan terjadi pada 2012. Itu menyesatkan. Kiamat pasti datang, tapi bila terjadinya, menurut agama Islam, tak ada yang dapat memastikannya," kata Zubaidi yang mengaku belum menonton film tersebut.

Selain menyesatkan, kesan penayangan '2012' dapat meresahkan dan menimbulkan kepanikan masyarakat dunia, termasuk muslim di Indonesia.

Penayangan '2012' dapat mempengaruhi orang untuk mengikuti aliran sesat yang dengan mudahnya mempercayai hari kiamat versi Hollywood itu.

Filem '2012' menceritakan hari kiamat menurut penanggalan kuno bangsa Maya pada 21 Disember 2012 yang mempunyai tanda seperti bencana alam pada skala global.

Filem ini telah digarap oleh Roland Emmerich, sutradara yang sama menghasilkan filem bercorak sains fiksyen seperti Stargate (1994), Independence Day (1996), Godzilla (1998), dan 10.000 BC (2008).

Di Kota Malang, filem '2012' diputar di Dieng Plaza dan Malang Town Square sejak seminggu yang lalu. Penonton sangat teruja jika dilihat dari panjangnya mereka beratur untuk mendapatkan tiket.

Seorang penonton yang berasal dari Sawojajar, Wahyu berkata, tidak ada apa tentang '2012' yang mencemaskan atau akan menggoyahkan keimanan seseorang. "Itu hanya fiksi ilmiah yang dapat menambah pengetahuan saya," kata Wahyu.

Kebimbangan Majlis Ulama Indonesia daerah Malang, turut dirasakan oleh Majlis Ulama Indonesia Jawa Timur.

Khabarnya, Majlis Ulama Indonesia Jawa Timur akan membahas filem '2012' ini, dengan mengundang para pimpinan ulama di daerah dan kota di provinsi ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan