suria

Amitabh Terhibur Dengan Sikap SRK Yang Lucu

Amitabh (kanan) dan SRK.
Amitabh (kanan) dan SRK.
Amitabh (kanan) dan SRK.

PELAKON terkenal Amitabh Bachchan berkata, Shah Rukh Khan (SRK) membuat dia berasa cukup gembira apabila SRK menelefonnya untuk memberitahu kehadirannya di tayangan premier filem 'Paa'.

"Shah Rukh sungguh lucu. Apabila saya memberitahu yang dia mesti datang, SRK berkata; "Saya sudah pun berada di sana menantikan kedatangan 'Paa'," kata Amitabh dalam blognya bigb.bigadda.com.

"Aamir juga telah memberitahu yang dia akan turut hadir," kata Amitabh.

Barisan pelakon "Paa" terdiri dari Amitabh, Abhishek dan pelakon R. Balakrishnan.

Tayangan premier 'Paa' akan diadakan pada 3 Disember di Mumbai.

Amitabh membawa watak utama, sebagai budak 12 tahun yang menghidapi penyakit yang akan membuatnya kelihatan seperti lelaki tua.

'Make up' artis antarabangsa, Stephan Dupuis telah berjaya mengubah penampilan Amitabh, di mana dia telah disolek selama 6 jam untuk penampilan baru itu.

Pelakon veteran berusia 67 tahun itu tidak sabar melihat reaksi pengkritik dan orang ramai terhadap filem itu.

"Tak lama lagi, kita akan tahu sama ada orang suka atau tidak filem itu. Begitulah putaran pembikinan filem," katanya.

"Paa" akan ditayangkan pada 4 Disember depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain