Bintang popular dari British, Boy George meninggalkan Thames Magistrates Court di timur London pada 22 November 2007. -Foto AFPBOY GEORGE menyifatkan tempoh masa tahanannya di penjara telah membantunya mengatasi ketagihan dadah.George dipenjarakan pada Januari (2009) kerana memenjara dan menyerang seorang pengiring lelaki pada tahun 2007. Ketika bulan keempat di penjara, bekas ketua kumpulan muzik Culture Club itu akhirnya mendapatkan rawatan bagi mengatasi ketagihan dadah."Sejak itu, kehidupan saya telah meningkat lebih daripada 100 peratus," katanya.