suria

Yuni Shara Izinkan KD Kahwin Lagi

KHABAR angin yang mengatakan Krisdayanti (KD) sudah pun berkahwin dengan jutawan dari Timor Leste, Raul semakin bertiup kencang baru-baru ini.

Ditanya mengenai kesahihan cerita itu, kata kakak kepada penyanyi popular Indonesia itu, Yuni Shara, dia menyokong KD jika benar penyanyi itu ingin berkahwin lagi.

"Jika dia ingin menikah lagi, boleh saja. Dia kan sudah bergelar janda," kata Yuni seperti yang dilaporkan di dalam laman web Detik Hot.

Kata Yuni, dia sendiri tidak tahu sama ada benar KD sudah pun berkahwin dengan Raul. Sehingga saat ini, Yuni belum lagi mendapatkan penjelasan daripada adiknya itu tentang perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa-apa," ujarnya.

Yuni bagaimanapun enggan berbicara lanjut tentang hubungan sebenar KD dan Raul. Katanya, perkara tersebut hanyalah gosip semata-mata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain