Akshay Kumar adalah seorang yang benar-benar profesional - foto AFPAKTOR sasa Bollywood, Akshay Kumar benar-benar profesional. Walaupun Askhay terpaksa menyarung beberapa pasang pakaian yang dipinjam dari tiga pemilik kedai pakaian di Southall, London untuk beraksi di dalam filem terbarunya 'Patiala House', namun aktor ini sedikit pun tidak merungut.Akshay yang memainkan watak sebagai pemuda berbangsa Punjabi yang membantu ayahnya menguruskan kedai keluarga di Southall sanggup bersusah-payah untuk mendapatkan pakaian yang bersesuaian dengan saiz dan ketinggiannya. Setelah puas mencari di merata tempat, Akshay akhirnya berjaya mendapat beberapa pasang pakaian yang bersesuaian yang dipinjamkan oleh beberapa pekedai di sana. Selain Akshay, 'Patiala House' turut dibintangi Anushka Sharma, Dimple Kapadia dan Rishi Kapoor. Filem yang hampir sepenuhnya berlokasikan Southall ini bakal menemui peminat pada perayaan Deepavali tahun depan.