suria

Stileto Victoria Beckham Patah Di Paris

SELEBRITI yang terkenal dengan sikap obsesif pada fesyen, Victoria Beckham, sama sekali tidak menduga stiletonya akan patah ketika berkunjung ke kota romantik, Paris, baru-baru ini.

Gara-gara sibuk membelah-belah di pasaraya Galeries Lafayette, isteri kepada bintang bola sepak David Beckham, yang sememangnya dikagumi kerana kemampuannya bergerak ke sana sini dengan sepatu tumit tinggi, terpaksa pulang ke hotel 'berkaki ayam' selepas tumit stiletonya patah ketika sedang membelah-belah.

Victoria atau lebih dikenali dengan jolokan Posh yang berada di Paris tanpa kelibat suami dan anak-anak dijangka hanya akan terbang pulang ke Los Angeles pada hujung minggu ini untuk bertemu mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan