Anak lelaki kepada Kate Hudson yang berusia 5 tahun terkejut melihat gaun seksi yang dipakai oleh aktres itu di dalam filem muzikalnya, Nine - foto APANAK lelaki kepada Kate Hudson yang berusia 5 tahun terkejut melihat gaun seksi yang dipakai oleh aktres itu di dalam filem muzikalnya, Nine.AKtres berusia 30 tahun itu memakai gaun mini berwarna perak di dalam satu babak menyanyi dan menari. Bagaimanapun, anaknya, Ryder yang datang ke set penggambaran amat terkejut melihat pakaian ibunya itu. "Ryder datang ke lokasi ketika saya sedang menyanyi untuk babak itu dan saya masih ingat riak wajah terkejutnya."Dia menyambar muka saya ketika saya angkatnya ke pentas. Mungkin yang ada dalam perasaannya ketika itu ialah 'apa yang ibu saya lakukan? Ini sungguh memalukan'."Dia melihat wajah saya dan berkata, 'ibu, semua orang memandang kamu'," kata Hudson.Walaubagaimanapun, pelakon Brides War ini berkata, dia memahami anak lelakinya itu apatah lagi dia pernah merasai perkara yang sama apabila melihat ibunya, aktres Goldie Hawn memakai pakaian yang seksi."Saya faham apa yang dirasainya. Dulu ketika melihat ibu saya memakai gaun pendek merah, saya juga teringin untuk berkata, 'semua orang akan melihat kamu!'," ujarnya.