suria

Astro Awani Kupas Cabaran Getir Ekonomi Pada Masa Depan

TIDAK lama dahulu kita mempunyai sebuah misi untuk mencapai Wawasan 2020 tetapi persoalannya ialah bila?

Ia merupakan sebuah misi yang sangat baik sewaktu mula diumumkan seawal tahun 1991.

Kini, menjelang tahun 2010 misi tersebut dilihat semakin berat untuk dicapai berikutan keadaan ekonomi global yang sedang menghadapi waktu-waktu sukar.

Sehubungan dengan itu, tidak boleh ada ruang untuk sebarang kecuaian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang juga merupakan ahli Exco Unit Perancang Ekonomi (UPE).

”Kami akan terus fokus demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu Wawasan 2020 pada tarikh 1 Januari 2020, jika diizinkan Tuhan,” ujar beliau.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mencapai taraf sebuah bangsa yang maju.

“Setiap tahun bermula dari 2011 hingga 2020 kita harus mencapai nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP) sebanyak 5.5 peratus,” tambah Nor Mohamed Yakcop.

Jadi bagaimanakah kita mahu mencapai nilai KDNK tersebut setiap tahun?

Ikuti temubual eksklusif bersama Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sewaktu ditemu bual oleh pengacara Bakhtiar Affendi yang akan membincangkan tentang pelbagai cabaran getir yang terpaksa diharungi sepanjang dekad akan datang.

Astro AWANI (Saluran 501) akan menyiarkan program Focus Economy pada hari Isnin, 21 Disember ini jam 11.30 malam.

Artikel Sebelum

Waheeda Kini Berpurdah

Artikel Lain