Suri Cruise (kanan) bersama ibunya, Katie Holmes.ANAK pelakon Tom Cruise, Suri Cruise tidak berhenti tampil dewasa menjelang umur tiga tahun.Setelah memakai kasut tumit tinggi, kini dia muncul di khalayak ramai dengan beg mekap yang menggandungi gincu dan pengilat bibir beraneka warna. Anak Katie Holmes ini juga seringkali mendapat jolokan ikon ‘fashionista’ cilik. Mana tidaknya, Suri selalu memakai busana terbaik rekaan pereka terkemuka.Semakin hari, gaya si cilik ini semakin tidak sesuai dengan umurnya yang masih kecil. Ramai juga yang memprotes tindakan ibu Suri yang membenarkan anaknya memakai kasut tumit tinggi.Sesetengah orang berpendapat kasut tumit itu itu akan mengganggu pertumbuhan kaki Suri.Namun, Katie dilihat tidak mempedulikan protes itu. Malah dia memberikan alasan kasut tumit tinggi Suri adalah kasut untuk menari yang direka khusus untuk kanak-kanak.