KUMPULAN pop dari Ireland, Boyzone merancang untuk mewujudkan sebuah tabung biasiswa sebagai tribut kepada salah seorang anggota kumpulan tersebut, Stephen Gately yang telah meninggal dunia secara mengejut pada Oktober lalu."Kami akan melakukan sesuatu yang berkaitan dengan muzik. Kami ingin membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik menerusi muzik. Buat masa ini, kami sedang dalam perbincangan dan kemungkinan besar, tabung itu akan dinamakan 'Stephen Gately Foundation'. "Mungkin kami akan wujudkan biasiswa untuk kanak-kanak ini belajar di kolej muzik. Kami pastinya ingin melakukan sesuatu untuk meneruskan legasi Stephen dan pada masa untuk terus memperingatinya," kata salah seorang ahli kumpulan itu.