suria

Brittany Murphy Selamat Dikebumikan

MENDIANG Brittany Murphy telah selamat dikebumikan di Forest Lawn Memorial Park di Los Angeles, pada Khamis lalu.

Upacara penuh tragis yang dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat itu dijalankan penuh istiadat mengikut adat tradisi agama Yahudi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ahli keluarga Brittany, suami aktres itu, Simon Monjack menggelar isterinya sebagai 'teman sejiwa' dan menyifatkan kehilangan Brittany sebagai satu peristiwa yang amat mengejutkan dan berlaku secara tiba-tiba tanpa dijangka olehnya.

Selain suami, ibu Brittany, Sharon dan teman baik mendiang, Eric Balfour, yang juga pelakon siri TV popular, 24 juga kelihatan untuk memberikan penghormatan terakhir.

Artikel Lain