suria

Aniston Tukar Agama Untuk Cari Ketenangan

AGAMA atau keyakinan yang dianuti seseorang menjadikan mereka lebih tenteram. Mungkin ini yang dicari oleh aktras Jennifer Aniston saat membuat keputusan untu bertukar agama.

Pelakon filem 'Marley & Me' itu dikatakan telah memeluk ajaran Kabbalah iaitu suatu aliran agama Yahudi. Aniston tertarik mempelajari lalu memeluk agama itu setelah dibimbing penyanyi Madonna yang merupakan penganut Kabbalah yang taat.

"Madonna dan Jennifer mulai berkenalan beberapa tahun yang lalu. Sejak itulah Madonna bercerita bahawa Kabbalah telah merubah hidupnya menjadi lebih tenang," ujar sumber yang enggan disebutkan identitinya.

Selepas berpisah dengan aktor Brad Pitt, Aniston juga sempat memeluk agama Budha. Bukan sahaja belajar dari Madonna, Aniston juga banyak belajar daripada Gwyneth Paltrow tentang ajaran Kabbalah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain