suria

Beckham Tak Cukup Popular Untuk Bawa Watak Dalam Kartun 'The Simpsons'

PEMAIN bolasepak terkenal David Beckham khabarnya ditolak untuk membawa watak cameo dalam kartun The Simpsons kerana penerbit siri kartun itu beranggapan Beckham tidak cukup terkenal.

Nama Beckham mungkin terkenal kerana menjadi ikon fesyen seluar dalam Armani di mana gambar papan iklannya untuk jenama itu terpampang di mana-mana.

Namun, sayangnya, Beckham belum cukup popular untuk dijadikan karektor kartun untuk berjumpa dengan Bart dan Homer kerana eksekutif di belakang program TV itu berpendapat Beckham tidak terkenal di Amerika Syarikat.

Produser eksekutif Al Jean memberitahu The Daily Mirror: "Saya terpaksa menelefon David Beckham untuk meminta maaf. Saya tak rasa nama beliau cukup besar untuk penonton Amerika."

Dia menambah, "Saya tak rasa selesa dengan keadaan ini.

"Ramai juga yang marah dengan keputusan yang kita buat. Mereka memberitahu saya, "Mungkin juga nama George Best pun tidak cukup terkenal untuk siri kartun itu."

Lain-lain selebriti kelahiran British yang akan membuat penampilan cameo ialah Ricky Gervais dan Emily Blunt dan Simon Cowell akan membuat penampilan cameo bagi kali ketiga untuk tahun ini.

Artikel Lain