AKTOR Shah Rukh Khan (SRK) bukan sahaja seorang pelakon yang hebat, malah aktor itu lebih hebat apabila berparti. SRK dikhabarkan telah berparti sakan di majlis ulang tahun Hrithik Roshan yang ke-36, baru-baru ini.Ternyata sambutan hari jadi aktor sasa itu bukan sahaja meriah malah turut mendapat restu dan ucap selamat daripada rakan-rakan pelakon di Bollywood. Menurut SRK menerusi laman sosialnya, Twitter, aktor Abhishek Bachchan, Aishwarya Bachchan, Kareena Kapoor dan Karan Johar turut menghadiri majlis harijadi yang diadakan di rumah Hrithik.Memetik kemaskini status di laman Twitter SRK yang berbunyi, "Pergi ke rumah Dunggu (nama panggilan Hrithik) untuk sambutan harijadinya. Saya, Karan, Abhishek, Ash, Saif, Kareena, Preity, Dino, Kunal, Farah Ali telah berparti sakan dan ia sebuah majlis yang sungguh meriah dan menggembirakan.