suria

Boyzone Tidak Akan Sama Tanpa Stephen Gately - Ronan Keating

EMPAT lagi ahli kumpulan pop sensasi dari Ireland, Boyzone telah bertekad untuk muncul semula sebagai kumpulan yang baru ekoran kematian salah seorang ahlinya, Stephen Gately, lewat tahun lalu.

Ronan Keating, Mikey Graham, Keith Duffy dan Shane Lynch mengakui perjalanan seni mereka tidak akan sama seperti dulu selepas kehilangan Gately pada Oktober 2009.

Bagaimanapun, mereka akan meneruskan perjuangan dan kembara mereka sebagai penyanyi dengan nama baru.

Terbaru, mereka dikatakan telah menyiapkan sebuah rakaman video yang didedikasikan khas untuk Gately sebagai tanda persahabatan. Video istimewa itu dikeluarkan sebagai promosi buat single terbaru kumpulan itu, Gave It All Away.

Menurut Keating yang mewakili Boyzone, keputusan untuk membubarkan nama kumpulan itu dilakukan ekoran kesukaran mereka untuk melupakan kewujudan Gately dalam Boyzone.

"Kini, kami diibaratkan berada di persimpangan jalan. Kami perlu memutuskan sama ada untuk terus berjuang sebagai Boyzone dengan empat ahli yang tinggal atau muncul dengan nama kumpulan yang baru.

"Sejujurnya, kami tidak pasti bagaimana untuk terus ke melangkah dan melakukan perubahan ini.

"Mungkin apa yang terbaik buat kami untuk masa depan adalah muncul sebagai kumpulan baru kerana Boyzone tidak mungkin akan terus hidup tanpa Stephen Gately," katanya kepada Sky News, baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan