ANAK sulungnya, Aurel telah mendapat tahu berita mengenai ibunya, penyanyi Indonesia Krisdayanti atau KD akan bernikah lagi pada 2010 ini.Namun berita itu tidak disambut baik oleh Aurel sebaliknya anaknya bertanya kepada KD dalam nada sayu. “Anak saya yang pertama sudah bertanya kepada saya, Mimi memang mahu bernikah lagi dengan nada sayu,” kata penyanyi lagu Kamu di Hatiku Selamanya itu.Pertanyaan sayu Aurel itu tidak sanggup dijawab oleh KD kerana dia tidak sanggup menjawab dirinya memang akan menikah lagi.“Tidak mungkin saya memberitahu mahu bernikah lagi,” tuturnya dalam nada sedih.Kata KD lagi, dia juga berasa kesal apabila Aurel sehingga tidak mahu melihat wajahnya lagi.“Aurel berkata lebih baik dia melihat Blackberry daripada melihat muka saya,” ujarnya.