PENYANYI yang berasal dari Kanada, Celine Dion telah menduduki carta pertama sebagai penyanyi berpendapatan tertinggi selama beberapa dekad.Dalam 10 tahun terakhir ini, Dion mendapat jumlah pendapatan sekitar US$747,9 juta. Seperti dipetik dari Splash News, penyanyi berusia 41 tahun ini menghasilkan wang US$522,2 juta dari penjualan tiket konsertnya, juga termasuk menanggung kehidupannya selama lima tahun di Las Vegas. Manakala baki sebesar US$225,7 juta adalah dari penjualan album.Sementara itu, tempat kedua artis berpendapatan tinggi adalah Kenny Chesney iaitu US$742 juta dan di tempat ketiga pula, Dave Matthews Band dengan pendapatan US$737,4 juta.Manakala bintang pop, Britney Spears dengan pendapatan US$494,3 juta hanya menduduki tempat kesepuluh dalam carta.