SEBUAH puncak indah di China selatan yang memiliki pemandangan indah telah dinamakan 'Pergunungan Halleluya Avatar' sempena nama filem terlaris Hollywood, Avatar, dengan harapan dapat mengulangi kejayaan filem itu.Puncak itu sebenarnya bernama 'Lajur Langit Selatan' dan terletak di Zhangjiajie, Provinsi Hunan selatan. Menurut laman resmi Pemerintah Zhangjiajie, www.zjj.gov.cn, penamaan semula gunung ini dibuat secara rasmi dalam sebuah perayaan baru-baru ini. Pemerintah berkata Pergunungan Halleluya diinspirasi dari Lajur Langit Selatan kerana jurugambar dari Hollywood telah mengambil gambar di lokasi itu pada 2008."Banyak gambar yang diambil kemudian menjadi prototype berbagai elemen di dalam filem Avatar, termasuk Pegunungan Halleluya," menurut laman itu. Avatar, yang diarahkan oleh James Cameron ini telah memperoleh pendapatan US$1.841 juta dari penjualan tiket di seluruh dunia. Hal itu menjadikannya sebagai film internasional terbesar sepanjang sejarah. Pawagam di China minggu lalu mulai menghentikan penayangan versi 2D dari Avatar untuk memberikan tempat bagi filem-filem tempatan menjelang perayaan Tahun Baru China, sekalipun versi 3D yang lebih popular masih tersedia. Avatar sejauh ini telah mengutip pendapatan sebesar US$80 juta di China, sekali gus menjadikan filem itu paling popular di negara itu.Zhangjiajie berharap dapat menumpang populariti filem Avatar. Di lamannya, www.citszjj.com., tertera kata-kata dari pemerintah kota Zhangjiajie, yang memikat pelancong seperti, "Pandora sangat jauh, tapi Zhangjiajie cukup dekat." "Selamat datang ke Zhangjiajie untuk melihat Pegunungan Halleluya Avatar dan menemukan dunia yang sesungguhnya dari Pandora," katanya.