PELAKON Ashton Kutcher sangat benci sambutan Hari Valentine kerana bagi aktor kacak ini, setiap hari sepatutnya menjadi hari yang romantik.Kutcher, suami aktres berusia 47 tahun Demi Moore, berkata dia lebih suka menghabiskan masa memberitahu orang dia tidak suka menyambut hari Valentine dari menyambut hari itu. Kutcher mengaku dia cukup rimas melihat sambutan hari Valentine kerana konsep menunjukkan kita sayang seseorang pada satu hari saja memang tidak betul."Saya benci Valentine's Day. Tiap-tiap hari sepatutnya menjadi hari Valentine dan pada hari itu, anda perlu memberitahu orang yang anda tidak suka, kenapa anda tidak suka mereka.Itu maknanya kita menyambut satu hari menyatakan kita tak suka seseorang tapi 364 hari menzahirkan cinta," kata Kutcher pada the Daily Express.