suria

Angelina Jolie Ke Haiti Bukan Ambil Anak Angkat

SEMUA tahu bahawa Angelina Jolie sinonim dengan pengambilan anak angkat.Sehingga kini sahaja sudah tiga orang anak yang diambil Angelina bersama pasangan hidupnya, Brad Pitt.

Maka kunjungan Angelina ke Haiti menimbulkan spekulasi bahawa aktres jelita itu akan mengambil seorang lagi anak angkat dari negara yang ditimpa bencana ini.

"Saya selalu berasa simpati kepada anak-anak yang menjadi mangsa di seluruh dunia. Brad dan saya sudah membincangkan hal ini. Tapi bukan itu yang jadi fokus kami ketika ini. Kami datang ke sini bukan untuk itu," jelas Jolie seperti dipetik dari Splash News.

Pasangan ini datang kerana ingin memberikan bantuan kepada mangsa yang ditimpa bencana ini.

"Kami datang ke sini untuk melihat bantuan apa yang boleh kita berikan untuk melindungi anak-anak di negeri ini dan meningkatkan keperluan di sini," jelas Jolie.

Angelina Jolie sendiri pertama kali tergerak untuk mengambil anak angkat ketika dia berada di Kamboja pada tahun 2002 lalu. Setelah mengambil Maddox Chivan yang ketika itu baru berusia tujuh bulan, Angelina kembali mengambila dua lagi anak angkat pada tahun 2005 dan 2007 lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain