INFLASI berlaku di mana-mana dan harapan orang ramai di India cukup tinggi.Menurut Raja Muzik dan juga penulis lirik terkenal Bollywood, Anu Malik, tidak ketinggalan. "Saya rasa kita patut ucapkan selamat tinggal pada inflasi. Kita perlu lakukan sesuatu dengan cepat. Diharapkan selepas belanjawan diumumkan, inflasi akan turun," kata Anu.Ketika dikuiz, siapakah yang paling layak mengambil tempat menjadi menteri kewangan, Anu berkata, "Untuk menjadi seorang Menteri Kewangan memerlukan seseorang mempunyai kelayakan tertentu."Dan saya rasa, tidak ada satu orang pun dalam filem industri mempunyai kelayakan sebegitu kerana kita dalam bidang kreatif."Tapi saya rasa Aamir boleh jadi menteri kewangan yang baik kerana dia adalah seorang yang praktikal dan adil."Dan saya rasa sesiapa yang boleh mengimbangi aset boleh uruskan kewangan," kata Anu.