suria

Harith Bakal Akhiri Zaman Bujang

Harith Iskandar ketika membuat persembahan di Majlis Perlancaran Mingguan mStar semalam Foto The Star Oleh AZHAR MAHFOF
Harith Iskandar ketika membuat persembahan di Majlis Perlancaran Mingguan mStar semalam Foto The Star Oleh AZHAR MAHFOF
Harith Iskandar ketika membuat persembahan di Majlis Perlancaran Mingguan mStar semalam Foto The Star Oleh AZHAR MAHFOF

SETELAH sekian lama membujang, pelakon dan pelawak, Harith Iskander mengakui bakal mengakhiri zaman bujangnya akhir tahun ini.

Jejaka yang berusia 43 tahun itu turut memberitahu akan melangsungkan perkahwinan bersama gadis kacukan Cina - India, Jezamine Lim, 27 yang juga seorang doktor, pada akhir tahun ini.

"Saya sudah pun bertunang secara tidak rasmi pada 14 Februari lalu setelah setahun perkenalan, pada awalnya kami merancang untuk berkahwin pada 10.10.10 namun ramai yang mengambil tarikh tersebut untuk melansungkan perkahwinan.

"Jadi kini kami masih lagi mencari tarikh yang paling sesuai," ujar Harith yang menyatakan status pertunangannya ketika membuat persembahan di atas pentas Majlis Perlancaran Mingguan mStar semalam.

Ketika ditanya tentang gadis yang berjaya mencuri hatinya itu, Harith mengakui Jezamine merupakan seorang yang istimewa dan terbaik pernah dijumpai setakat ini.

"Saya tersentuh apabila ketika kami sedang duduk minum bersama dan ada seorang datang minta sedekah dan dia suruh mereka duduk dan makan bersama kami. Dia sangat baik hati.

"Dia menyukai saya bukan kerana saya Harith Iskandar, malah dia tidak kenal siapa saya. Saya dapat rasakan dia menyintai saya kerana saya bukan kerana harta benda atau populariti saya,"

Menurut Harith, perkenalan yang bermula di laman sosial Facebook awal tahun lalu telah menimbulkan bibit-bibit cinta setelah 5 bulan berkawan.

"Pada awalnya saya hanya mahu berkawan tapi keserasian antara kami membuatkan saya yakin untuk bersama dengannya.

"Kami saling memberi pendapat ketika berhadapan dengan masalah, seboleh-bolehnya saya dan dia tidak mahu pergaduhan atau masalah itu berpanjangan," ujar Harith.

Sementara itu, Harith memberitahu Jazemine masih lagi dalam proses mempelajari agama Islam sebelum benar-benar bersedia untuk memeluk Islam.

"Dia masih dalam proses mengenali Islam, Insya-Allah dalam masa terdekat ini dia akan masuk Islam tapi biarlah dia benar-benar bersedia terlebih dahulu," ujar Harith yang bakal berlakon dalam teater Cuci the Musical 2 pada Julai hadapan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anang Dedah 'Pasangan' Barunya

Artikel Lain