suria

Afgan Ingin Contohi Kerjaya Chrisye

PENYANYI lagu Terima Kasih Cinta, Afgan Syahreza kini sedang meningkat naik. Dia berharap kerjaya nyanyiannya seperti penyanyi legenda Indonesia yang dikagumi, almarhum Chrisye.

"Saya nahu jadi lagenda seperti Chrisye, kerana beliau sehingga kini masih dikenang dan mempunyai kerjaya yang panjang," ujar Afgan.

Afgan mengakui bahawa dia sangat mengagumi pembawa lagu Badai Pasti Berlalu itu. Meskipun penyanyi tersebut telah tiada, karya-karyanya Chrisye sehingga kini masih dikenang.

Untuk menjadi seperti Chrisye, jejaka kelahiran Jakarta itu mengaku sering meningkatkan kualiti dalam nyanyiannya. Selain itu, dia juga menjaga dan merangkul semua peminatnya agar terus memberi sokongan dan dokongan terhadap kejaya nyanyiannya itu.

"Saya selalu berusaha meyakinkan peminat-peminat bahawa mereka paling berharga hingga mampu membawa saya ke saat ini," katanya seperti dipetik DetikHot.com.

Artikel Lain