AKTRES Courteney Cox mendedahkan yang dia lebih gembira di usia 40an berbanding ketika dia berumur 20an.Bintang The Friends, yang membawa watak Monica dalam siri hit TV itu, membuat pendedahan itu di satu temu bual di program komedi Cougar Town di Los Angeles baru-baru ini. "Saya gembira melalui hidup seperti sekarang. Saya tidak mengharap apa-apa dan hanya ingin bahagia saja," kata pelakon berusia 45 tahun itu.Dalam siri Cougar Town, Courteney berlakon sebagai Jules Cobb, seorang wanita yang baru bercerai dan ingin berpacaran kembali.