suria

Wajah Baru Dimple Kapadia

FILEM terbaru pengarah Kabir Sadanand, Tum Milo Toh Sahi bakal menampilkan bintang lagenda Bollywood, Dimple Kapadia dengan rambut baru. Dimple yang beraksi di samping aktor Nana Patekar dalam filem itu bakal tampil dengan rambut pendek.

Berita itu agak menggemparkan kerana aktres itu begitu sinonim dengan mahkotanya yang panjang mengurai selama ini.

Wataknya sebagai wanita Parsi dalam filem itu memerlukannya untuk memotong beberapa inci rambutnya mengikut kesesuaian watak.

Namun, Dimple tidak bersetuju dengan permintaan itu dan enggan memotong rambutnya. Akhirnya, mereka mencapai persetujuan dengan mengenakan rambut palsu sahaja di kepala Dimple.

Walaupun hanya menyarung rambut palsu, Kabir tetap berpuashati dengan wajah baru aktres itu. Malah, Kabir menyifatkan rambut palsu itu amat bersesuaian dengan Dimple dan ia kelihatan asli.

Artikel Sebelum

Artikel Lain