AKTRES terkenal, Lindsay Lohan antara artis yang tidak dialu-alukan kehadirannnya di India dan Los Angeles.
Menurut laporan sebuah akhbar, penyanyi itu dilarang masuk ke India dan visanya juga diharamkan kerana pernah terlibat dengan sebuah dokumentari mengenai buruh kanak-kanak di India pada Disember lalu. Penyanyi itu ke India dengan menggunakan visa pelancongan.
Di bawah undang-undang India, visa kerja tidak boleh digunakan untuk kegiatan melancong. Dia juga tidak disukai kerana menjalankan aktivis sosial di India untuk membebaskan pekerja kanak-kanak di Delhi.
Aktivis-aktivis itu berkata, Lohan tidak berada di tempat kejadian semasa 40 pekerja kanak-kanak telah diselamatkan daripada tempat kerja itu.
Selain negara India, aktres itu juga tidak dibenarkan datang ke Los Angeles.