AKTRES Gwyneth Paltrow telah menyangkal khabar angin yang mendakwanya berpindah ke New York, Amerika Syarikat bersama keluarganya. Sebaliknya, Paltrow menegaskan bahawa dia masih menetap di London.Aktres kelahiran California itu mula berhijrah ke London selepas berkahwin dengan vokalis Coldplay, Chris Martin pada tahun 2003. Baru-baru ini, gosip mengenai perpindahan semula Paltrow ke tanah airnya itu mula tersebar apabila aktres itu didakwa sudah tidak larat kerana sering berjauhan daripada keluarganya setiap kali terlibat dengan penggambaran filem di Amerika.Bagaimanapun, Paltrow berkata mereka selesa tinggal di London."Saya tidak akan berpindah ke New York. Kami gembira tinggal di London kerana ia adalah satu tempat yang hebat untuk hidup berkeluarga," demikian menurut kenyataannya kepada akhbar Daily Express.