MASIH ingat dengan filem 'Original Sin', filem yang dibintangi aktres Angelina Jolie dan Antonio Banderas?. filem itu akan ditayangkan dalam versi Blu-ray, kali ini tanpa proses tapisan.Ketika ingin ditayangkan pada 2001 lalu, adegan seks yang dilakonkan oleh Jolie dan Banderas di filem arahan Michael Cristofer tersebut terpaksa dipotong kerana tidak lulus tapisan. Namun kini, setelah sembilan tahun, adegan yang berdurasi sekitar dua minit itu akan ditampilkan di versi Blu-ray 'Original Sin'. Adegan seks itu memang mencetuskan kontroversi. Ketika melakonkan adegan tersebut, Jolie yang memegang watak sebagai Julia Russell, benar-benar tampil bogel. Begitu juga dengan pasangan heronya, Antonio Banderas.'Original Sin' merupakan filem yang diadaptasi dari novel 'Waltz into Darkness' karya Cornell Woolrich. Filem tersebut menampilkan kisah Luis Vargas (Antonio Banderas), seorang pengusaha Kuba yang mencari isteri orang Amerika Syarikat. Setelah bertemu dengan Julia Russell (Angelina Jolie), bukannya cinta yang didapatkannya tetapi kesengsaraan. Julia mengikis habis harta Luis.Penampilan Jolie di filem tersebut mendapat sambutan yang kurang positif oleh pengkritik filem. Bahkan di Golden Raspberry Award 2001, pasangan Brad Pitt ini telah mendapat pencalonan Aktris Terburuk.