Perjalanan hidup Zaiton sameon dari kacamata Fauziah Nawi sebagai penulis skrip SETELAH pencarian yang agak panjang terhadap pelakon yang benar-benar sesuai memegang watak utama dalam filem kisah perjalanan hidup penyanyi Zaiton Sameon, pengarahnya Fauziah Nawi akhirnya memilih Mislina Mustapha, 39 sebagai pilihan yang paling tepat.Menurut Fauziah, pemilihan Mislina adalah berdasarkan pengalaman dan dia mempunyai kriteria yang paling hampir dengan watak Zaiton Sameon. "Mislina dipilih kerana dia merupakan pelakon yang memang terlatih, dia bukan sahaja boleh berlakon dengan naik malah boleh menyanyi."Tapi di sini saya lebih tekankan tahap lakonan sebab ini adalah filem. Kalau kita nak cari pelakon yang betul seperti Zaiton memang tidak ada."Pada saya Mislina lebih berpengalaman untuk membawakan watak ini dengan baik berbanding Nurul Huda Wahab dan Farah Wahida yang turut disenarai pendek," jelasnya.Ketika ditanya mengapa Nurul dan Farah Wahida tidak terpilih, Fauziah menganggap kedua-duanya masih muda dan sukar untuk membawa watak tersebut."Mereka masih lagi muda, watak ini Zaiton sangat berat. Perjalanan hidupnya yang beronak dan liku sukar untuk dibawakan jika mereka benar-benar berpengalaman dan terlatih."Namun pemilihan terhadap Mislina bukan saya seorang tetapi keputusan bersama dan sebulat suara. Tentang wtaak-watak yang lain kami belum buat pemilihan sebab yang penting dan memeningkan saya ialah mencari pelakon utama," terang Fauziah.Tambah Fauziah lagi, apa yang peting adalah bakat lakonan berbanding rupa paras seseorang pelakon."Saya juga ingin beri peluang kepada Mislina, dia seorang pelakon yang baik. Pada saya rupa paras bukan sesuatu yang penting ia boleh dibantu dengan mekap," ujarnya.Dalam pada itu, Fauziah turut memberitahu perkembangan filem itu masih lagi peringkat draf ke empat dan bakal membuat latihan terlebih dahulu sebelum memulakan pengambaran."Perkembangan sekarang dalam proses draf ke empat, selepas ini saya akan buat latihan terlebih dahulu sebelum memulakan pengambaran," katanya.Berhubung dengan penulisan skrip, Fauziah memberitahu skrip tersebut berdasarkan dari sudut pandangannya dan kajian yang telah dilakukan."Saya tulis skrip dari kaca mata saya, kajian yang dibuat, apa yang diceritakan oleh Zaiton sendiri dengan pandangan orang ramai yang mengenalinya."Namun sama-ada tepat atau tidak hanya Zaiton dan Allah yang lebih mengetahuinya," jelas Fauziah Nawi ketika dihubungi mStar Online. Filem ini adalah inisiatif produksi filem Animasi Upin dan Ipin dengan syarikat Beruang.Sdn.Bhd bagi membantu meringgankan beban penyanyi Zaiton Sameon dan ia bakal memulakan pengambaran pada Mei ini.