suria

Anis Aneesa Pertaruh Muzik Padang pasir

Anis tidak pernah berputus asa untuk meneruskan bidang nyanyian ini. GLENN GUAN
 Anis tidak pernah berputus asa untuk meneruskan bidang nyanyian ini. GLENN GUAN
Anis tidak pernah berputus asa untuk meneruskan bidang nyanyian ini. GLENN GUAN

YAKIN dengan konsep world muzik, Anis Aneesa percaya pertaruhannya dengan single pertama yang sudah diputarkan di corong-corong radio bakal mendapat tempat dihati pendengar.

Seperti lagu-lagu ciptaan Ajai yang lain, Qasidah Cinta turut mempunyai kelainan tersendiri. Menurut gadis berusia 24 tahun ini lagu yang bertemakan irama muzik dunia ini dibuat khusus untuk suara Anis.

"Irama ini jarang lagi kita dengar di Malaysia, ia bukan arabian, tapi campuran beberapa genre muzik. Ia sangat unik dan sesuai dengan lenggok suara saya.

"Pertama kali mendengar lagu Qasidah Cinta saya terus setuju untuk merakamnya. Selain itu selepas single ini saya akan keluar dengan mini album yang memuatkan tiga buah lagu ciptaan Ajai.

"Antara dua buah lagu yang sudah siap dirakam adalah Dialah Kekasihku, merupakan sebuah lagu balada dan Selamat Cinta merupakan pelangkap kepada mini album saya," ujarnya.

Menurut anak jati Selangor ini, bekerja dengan Ajai memberinya satu pengalaman yang sangat berharga.

"Ajai seorang yang sangat serius. Saya beberapa kali ditegur semasa rakaman agar membetulkan sebutan. Walaupun kadang-kala rasa sedikit tertekan tetapi saya puas hati dengan hasil yang diperolehi," ujarnya ketika ditemui di studio Wake The Baby, kelmarin.

Sementara itu, Ajai turut mengakui lagu tersebut dicipta mengikut suara Anis yang lebih ke arah lenggok irama dangdut.

"Suara Anis lebih kepada lagu-lagu dangdut dan irama Malaysia, bagaimanapun konsep tersebut sukar lagi diterima pendengar, jadi saya cipta lagu irama padang pasir dengan campuran pelbagai elemen lain menjadikan ia seperti satu konsep yang baru.

"Bagaimanapun dua lagi lagu adalah berkonsepkan balada, saya mahu pelbagaikan suara dia dan lihat sambutan pendengar ke arah mana," katan Ajai.

Mini album yang bakal berada dipasaran pada Mei ini menjanjikan kelainan berbanding lagu-lagu yang dibawakan Anis Aneesa sebelum ini, malah konsep dan imej bagi tahun 2010 juga lebih segar dan remaja.

"Ajai mahukan imej saya sesuai dengan konsep album ini, saya lebih remaja berbanding imej dahulu. Lagi pula saya pun masih remaja cuma raut wajah saya menampakkan saya lebih dewasa berbanding usia," jelasnya Anis.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan