Baik Hazami mahupun Kyla, kedua-duanya memang sama hebat. - Foto THE STAR Oleh ART CHENKEDUA-DUANYA memang sama hebat dan merupakan penyanyi serba boleh yang terkenal dan pernah memenangi anugerah di negara asal masing-masing.Walaupun mempunyai latar belakang dan bahasa per-tuturan yang jauh berbeza, namun keunggulan mereka dalam bidang seni suara berjaya mengatasi semua itu dan bila kedua-duanya bergabung menghasilkan duet, kehebatan mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Kalau di Malaysia Hazami cukup terkenal sebagai penyanyi, pencipta dan penulis lirik yang unik dan berbakat besar, Kyla pula terkenal di Filipina sebagai Puteri R&B dan lebih hebat lagi, Beyonce Knowles Filipina.Kyla atau nama sebenarnya Melanie Hernandez Calumpad datang ke Malaysia selama dua hari untuk mempromosikan tiga lagu duetnya bersama artis tanah air seperti Hazami dan Noryn AzizTiga lagu tersebut ialah Teman, Cinta Kita dan Tekad. Lagu Teman ialah lagu single pertama Kyla berjudul Hanggang Ngayon yang diterjemahkan daripada bahasa Tagalog dan Kyla berduet dengan Noryn.Lagu Cinta Kita adalah terjemahan daripada lagu Hina Hanap, Hanap Kita dari Indonesia. Lagu ini disusun di Indonesia dengan lirik ditulis oleh Tris Zainol Abidin, final mix di Malaysia oleh Greg Henderson dan dipersembahkan secara berduet dengan Hazami.Lagu Tekad yang asalnya milik Hazami akan diterjemahkan dalam bahasa Tagalog hasil usaha Muzikon yang turut mempromosikan artis-artis tempatan dan lagu mereka ke negara Asean. Kyla akan berduet dengan Hazami untuk lagu ini.Kyla, 29, yang serba boleh mengalunkan pelbagai genre muzik yakin dia boleh bergandingan dengan Hazami.“Kami melengkapi satu sama lain. Anda boleh dengar rakaman lagu tersebut. Ia sangat indah. Dia memang boleh nyanyi,” katanya dengan penuh keyakinan.Hazami yang turut hadir pada sesi temuramah itu mencelah: “Dia boleh nyanyi note/pitch tinggi dengan bagus sekali. Ia didendangkan dengan begitu mudah.”Masing-masing menceritakan kelebihan pasangan duet tetapi realitinya, mereka adalah artis berkaliber yang sudah mencipta nama.Oleh itu, Hazami yang baru mengeluarkan album Yang Pertama serta Running pada tahun lalu tidak berasa kekok menyanyi lagu Tekad dalam bahasa Tagalog nanti. Malah dia akan memanfaatkan peluangnya berduet dengan Kyla bagi menembusi pasaran muzik di Filipina.Begitu juga dengan Kyla yang mendapat jolokan di negara asalnya sebagai Puteri R&B dan juga kedengaran begitu serasi apabila menyanyi dalam Bahasa Malaysia.“Tidak begitu sukar menyanyi dalam Bahasa Malaysia walaupun diksi dan pelat adalah berbeza. Bagaimanapun dengan bantuan jurulatih, saya dapat mengatasi halangan bahasa itu... dan dia (Hazami) memudahkan segala-galanya untuk saya,” ujarnya.Apabila kedua-dua artis serba boleh berduet, bahasa bukan lagi menjadi satu halangan.Walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia, Kyla mengakui sudah jatuh cinta kepada negara yang aman dan cantik ini.“Anda tahu. Malaysia ini negara yang indah. Saya suka negara ini. Saya berharap boleh duduk lebih lama tetapi saya akan terbang balik dalam masa beberapa jam lagi,” katanya pada pertemuan singkat itu.