suria

Jennifer Aniston Makan Makanan Bayi Untuk Langsing

AKTRES Jennifer Aniston dikhabarkan mampu menurun berat badannya sebanyak 3 kg dalam seminggu gara-gara memakan makanan bayi.

Makanan ala bayi itu dicadangkan oleh pelatih pembantu peribadi Aniston, Tracy Anderson. Selain Aniston, Anderson juga merupakan pembantu peribadi Courtney Cox dan Gwyneth Paltrow.

Bintang filem The Bounty Hunter itu juga memakan makanan yang dihaluskan seperti makanan bayi. Bukan itu sahaja, semua makanan tersebut juga dimasak tanpa minyak, rempah-ratus atau garam.

"Dengan memakan makanan bayi, makanan lebih mudah diproses di dalam tubuh," ujar salah seorang sumber kepada Female First kelmarin.

Namun, diet dengan makanan bayi ini disarankan tidak dilakukan terus-menerus.

"Ia hanya dilakukan untuk menurunkan beberapa kg saja," tambah sumber itu lagi.

Jika sudah mendapat tubuh idaman, Tracy menyarankan Aniston kembali kepada pola makanan yang sihat.

Khabarnya Aniston ingin menurunkan berat badannya untuk filem terbarunya, Just Go With It. Dalam filem tersebut, dia mahu tampil selangsing mungkin kerana akan berlakon bersama model bikini, Brooklyn Decker.

Artikel Lain