suria

Angelina Jolie Lakon Sendiri Hampir 80 peratus Adegan Berbahaya

Angelina Jolie melawat Haiti sebagai Duta United Nations Goodwill pada 9 Februari 2010. - Foto AFP
Angelina Jolie melawat Haiti sebagai Duta United Nations Goodwill pada 9 Februari 2010. - Foto AFP
Angelina Jolie melawat Haiti sebagai Duta United Nations Goodwill pada 9 Februari 2010. - Foto AFP

AKTRES Angelina Jolie melakonkan sendiri hampir 80 peratus adegan berbahaya dalam filem aksi, Salt.

Salah satu adegan yang dilakonkan adalah bergayut di tingkat 12 sebuah pusat membeli-belah. Selain itu, dia juga berlakon dalam kereta yang terjun dari jambatan.

"Saya yakin semuanya selamat. Jadi sebab itu saya berani melakukakannya," ujar wanita berusia 34 tahun itu kepada Entertainment Tonight.

Salt, filem arahan Phillip Noyce menampilkan kisah pengembaraan agen CIA, Evelyn Salt lakonan Jolie. Kisahnya, Salt dituduh oleh seorang agen dari Rusia bahawa dia adalah agen pembelot. Dengan mengerahkan segala kemampuannya, Salt harus mencari siapa dalang di sebalik semua tuduhan itu.

Selain Jolie, Salt juga dibintangi oleh Liev Schreiber dan Zoe Lister Jones. Filem tersebut dijadualkan akan mula ditayang di pawagam di Amerika Syarikat pada 23 Julai.

Artikel Berikut

Artikel Lain