suria

Album Kompilasi AF8 Sasar 100,000 Unit

Majlis Perlancaran Album Kompilasi AF8 Hits, semalam. Foto The Star Oleh MUNIRAH MUZAMER
Majlis Perlancaran Album Kompilasi AF8 Hits, semalam. Foto The Star Oleh MUNIRAH MUZAMER
Majlis Perlancaran Album Kompilasi AF8 Hits, semalam. Foto The Star Oleh MUNIRAH MUZAMER

BAHANG konsert final Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) belum pun reda, album kompilasi AF8 Hits telah berada di pasaran sejak 23 Mei lalu.

Album yang memuatkan 12 buah lagu single daripada ke semua pelajar AF8 kini mendapat sambutan yang snagat mengalakkan dari peminat-peminat mereka.

Menurut Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Zainir Aminullah, ini merupakan strategi permulaan promosi dan cabaran menghadapi persaingan pasaran industri muzik tempatan.

"Ini merupakan pengaluaran album paling awal berbanding AF sebelum ini. Ia telah dijual pada konsert tersebut berlangsung.

"Permintaan lebih 3000 unit dalam masa tiga hari sahaja. Kami menyasarkan ia akan melebihi lebih 100,000 unit," ujarnya.

Dalam pada itu, Zainir memberitahu pihak AESB turut memberi peluang kepada 12 orang pelajar lain untuk album kali ini, namun selepas ini bergantung kepada usaha mereka.

"Album pertama ini kita beri peluang kepada semua tetapi untuk seterusnya kita hanya memilih beberapa orang sahaja, yang lain perlu bergantung kepada usaha mereka sendiri.

"Untuk juara kita sudah sediakan satu program khas buat peminat-peminat untuk mengikuti perkembangan dan aktiviti Shahir setiap minggu," jelasnya.

Manakala bagi pelajar lain mereka akan diberi peluang untuk mengembangkan bakat berlakon dalam drama-drama utama di Astro.

"Kita juga telah menganalpasti pelajar-pelajar yang mempunyai bakat berlakon untuk diserapkan ke mana-mana drama Astro yang bakal ditayangkan," katanya.

Selain itu, AESB juga mungkin akan bekerjasama dengan KRU Production dalam menonjolkan bakat-bakat lakonan melalui filem-filem mereka.

Manakala video muzik finalis AF8 juga sudah mula ke udara di semua saluran-saluran Astro sebaik sahaja berakhir konsert final. Video muzik finalis AF8 mendapat sambutan cukup hangat pelayar jalur lebar muzik video finalis AF8 telah mencatat hampir 500,000 pengunjung.

Bagi menghangatkan lagi rangka promosi Album AF8 Hits, satu program jelajah akan bemmula pada 12 Jun di Selayang Mall, 13 jUN (KL Sentral KL), 19 Julai (Terminal One Seremban), 17 Julai (Mahkota Parade, Melaka) dan 24 Julai (KOmpleks Bukit Jambul, Pulau Pinang).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain