Zarina Zainoordin mengakui tidak dapat meneruskan hasrat berumah tangga.PETALING JAYA: Bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zarina Zainoordin, 26, yang sepatutnya naik pelamin hujung tahun lalu mengesahkan telah putus cinta hampir tujuh bulan lalu.Zarina yang dihubungi mStar Online berkata, hubungannya dengan bekas gitaris sebuah kumpulan muzik itu tidak dapat diteruskan gara-gara tiada keserasian selepas kira-kira tiga tahun bercinta. “Kami tak serasi. Selepas tiga tahun berkawan nampaknya hubungan untuk ke arah yang lebih serius tidak dapat diteruskan,” katanya.Pada tahun lalu Zarina membayangkan akan berkahwin dengan ahli muzik itu yang di jadual pada bulan Disember tahun lalu.Mengikut perancangan awal, majlis pernikahan mereka akan dilakukan serentak dengan majlis bertunang.Zarina juga sudah membuat persiapan termasuklah meninjau butik-butik pengantin sebelum tempahan pakaian persandingan sempena hari bahagianya itu dibuat.Menurut Zarina, tiada sesiapa yang bersalah apabila majlis yang dirancang itu tidak menjadi sebaliknya keputusan tersebut adalah keputusan mereka berdua.“Kami berdua yang membuat keputusan untuk tidak meneruskan hubungan dan perkahwinan. Ini adalah persetujuan bersama,” katanya.Ujar Zarina dia tidak menyesal dengan apa yang terjadi sebaliknya menganggap mungkin mereka sudah tiada jodoh.Walaupun sudah putus cinta tetapi Zarina dan pemain gitar tersebut masih lagi berkawan.