suria

Amanda Imani Mengeluh, Stesen Radio Pilih Kasih

Amanda ketika majlis memperkenalkan dia dan Iz dilamar oleh Austin Chase Malaysia untuk mengedarkan album, EP dan single mereka di Austin Chase Coffee, Gardens, semalam. - Foto oleh YAP CHEE HONG
Amanda ketika majlis memperkenalkan dia dan Iz dilamar oleh Austin Chase Malaysia untuk mengedarkan album, EP dan single mereka di Austin Chase Coffee, Gardens, semalam. - Foto oleh YAP CHEE HONG
Amanda ketika majlis memperkenalkan dia dan Iz dilamar oleh Austin Chase Malaysia untuk mengedarkan album, EP dan single mereka di Austin Chase Coffee, Gardens, semalam. - Foto oleh YAP CHEE HONG

RAUT wajahnya yang manis dan seksi mampu mencuri perhatian mata yang memandang.

Namun sayang sekali bakat nyanyiannya masih dipandang sepi. Tidak ramai yang mengenali sepenuhnya siapa sebenarnya Amanda Imani, 18.

Setakat ini, baru sebuah lagu iaitu single pertamanya, Selamilah Cinta yang berjaya disiarkan di corong radio.

Amanda masih menanti bila single kedua akan disiarkan? Tunggu punya tunggu, rupa-rupanya stesen radio enggan memutarkan lagu-lagunya.

Alasannya, mereka hanya akan memutarkan single kedua Amanda jika ada permintaan pendengar.

"Saya sudah berkecimpung dalam industri seni ini lebih setahun lalu dan menghasilkan album bahasa Melayu berjudul Amanda Imani dan album Inggeris berjudul Yeah yang dijual secara digital masing-masing pada November dan Disember lalu.

“Tetapi masalahnya, saya tak cukup pendedahan dalam industri ini jadi agak susah stesen radio untuk menerima artis baru seperti saya melainkan artis dari program realiti. Saya perlu lebih banyak mempromosikan diri untuk pendengar di luar sana.

“Saya tahu, agak sukar untuk bertapak dalam industri ini tetapi sekali saya sudah pilih untuk menceburi bidang seni, saya tak akan berpatah balik,” katanya yang akan meneruskan perjuangannya sebagai penyanyi dan penulis lirik sampai bila-bila.

Walaupun begitu, penyanyi yang dikatakan mempunyai suara mirip Joss Stone and Alicia Keys itu bertuah apabila dilamar oleh Austin Chase Malaysia yang berhasrat mengedarkan album dan EP Amanda.

Selain Amanda, Iz (One In A Million musim kedua) juga menjadi pilihan Austin Chase. Kini, album Amanda Imani dan album Iz berjudul Gonna Be Alright termasuk album terbarunya, Gemini boleh didapati secara eksklusif di kedai Austin Chase Coffee.

Dalam perkembangan lain, Amanda juga sedang mengikuti pelajarannya dalam jurusan Sains dalam Komunikasi dan Psikologi di Kolej Segi, Kota Damansara.

Bagaimanapun, anak tunggal itu tidak mungkin akan menggunakan ijazah dalam bidang tersebut untuk mencari karier yang lain sebaliknya mempraktikkan apa yang dipelajarinya dalam rutin seharian.

“Saya sedang belajar di tahun kedua. Alhamdulillah, setakat ini saya masih boleh membahagikan masa untuk nyanyian dan pelajaran. Lagipun, waktu persembahan saya hanya dilakukan pada hari minggu. Jadi, saya boleh menumpukan kepada pelajaran pada hari biasa.

“Saya akan menggunakan ilmu yang saya pelajari sebagai platform untuk membantu urusan sendiri dan muzik. Saya akan terus menjadi penyanyi dan penulis lirik selama-lamanya,” katanya yang menulis lirik lagu berdasarkan pengalaman dan harapan.

Sementara itu, dia selesa menyanyikan genre pop dan R&B. Walaupun masih muda, dia akan cuba memikat hati pendengar muda dan dewasa.

“Saya sangat suka bereksperimen. Insya-Allah, pada masa akan datang saya akan cuba merakamkan lagu bergenre country music. Saya berani untuk mencuba tetapi perlu meminta pendapat orang lain dan kawan-kawan dulu,” katanya.

Pada Januari lalu, anak muda berasal dari Kuala Lumpur ini telah mendapat anugerah di Voize Independent Music Awards (VIMA) menerusi single pertamanya Selamilah Cinta bagi kategori Lagu Pop Terbaik.

Amanda mula berjinak dalam nyanyian sejak berusia lima tahun dan ketika itu amat meminati lagu rakyat popular Jong Jong Inai.

Dia mula menyanyi secara serius pada hujung tahun 2008. Persembahan terbesar yang pernah dijayakan olehnya ketika persembahan pembukaan konsert F1 Grand Prix baru-baru ini yang turut menampilkan Wyclef Jean and Fat Boy Slim.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain