suria

Klinik Rawatan Tradisional Ashraf Di Gombak

Ashraf Muslim. - Foto THE STAR Oleh IQMAL HAQIM ROSMAN
Ashraf Muslim. - Foto THE STAR Oleh IQMAL HAQIM ROSMAN
Ashraf Muslim. - Foto THE STAR Oleh IQMAL HAQIM ROSMAN

PELAKON kacak, Ashraf Muslim memberitahu telah membuka klinik rawatan alternatif pada tahun ini bertempat di Pusat Perubatan Darussyifa' di Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Jelasnya, klinik itu menyediakan perubatan secara tradisional Islam yang berlandaskan al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dibacakan kepada pesakit.

"Saya ada klinik. Memang saya ada mengamalkan perubatan tradisional tetapi saya buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit," katanya ketika ditemui mStar Online pada sesi ramah mesra drama bersiri Ilusi baru-baru ini.

Ashraf berkata, hatinya terdetik untuk menguasai ilmu perubatan tersebut dengan bergurukan Haji Lokman datang secara semula jadi.

Menurutnya, dia telah belajar ilmu rawatan itu selama dua tahun.

Selain membantu pesakit sembuh, Ashraf memberitahu, dia dapat merasai perubahan hidup tetapi penampilannya di set penggambaran mahupun di luar lokasi penggambaran masih sama.

"Contohnya, kesedaran dalam diri sendiri. Terdapat banyak benda yang tak patut kita buat kerana ia bukan sahaja membuang masa malah merosakkan masa depan," katanya yang sebelum ni merupakan hos untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.

Tambahnya, dengan kesedaran itu, dia menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

Sementara itu, Ashraf turut mempelbagaikan pelbagai produk perniagaan yang diusahakannya.

Jika di peringkat awal, dia menternak lembu serta menjalankan kerja-kerja pemasaran.

"Mula-mula pelihara lembu, sekarang dah ada kira-kira 600 ekor kambing. Saya pelbagaikan lagi dengan membela ikan keli, ketam dan lain-lain," ujarnya.

Dalam banyak-banyak bidang yang diceburinya, Ashraf akan memilih satu bidang yang lebih seimbang antara kerjaya serta kehidupan persendiriannya.

Dia yang kini masih bujang menyerahkan kepada takdir apabila bercerita soal rumah tangga.

Artikel Berikut

Artikel Lain