Aqasha - Foto THE STAR Oleh IQMAL HAQIM ROSMANSELEPAS dua tahun menanti, pelakon Aqasha bakal melancarkan albumnya, Qasha-Nova yang bergenre pop bebas untuk peminatnya.Katanya, album tersebut telah siap dihasilkan tetapi dia belum memilih tarikh serta tempat pelancaran kerana sibuk dengan penggambaran drama bersiri Dendam Orang Minyak di slot Lagenda TV3. "Album itu dah dua tahun dalam produksi sejak 2008 lagi. Tetapi baru sekarang dapat finalise semua lagu tersebut,"Sebelum ini, saya terkontang-kanting sehingga saya terjumpa syarikat pengedar Starmount Records yang mana diuruskan oleh rakan kolej saya sendiri, Alex Tan," katanya kepada pemberita ketika sesi ramah mesra drama bersiri Dendam Orang Minyak, baru-baru ini.Terdapat lima lagu dimuatkan dalam album ini iaitu Obsesiku, Rhapsody Kekasih, Cantik, Cinta Romeo Kota dan Infatuasi. Lebih menarik, komposer dan penulis lirik lagu tersebut adalah Aqasha sendiri.Mengulas mengenai nama album Qasha-Nova Aqasha berkata, ia mengambil sempena nama Supernova iaitu proses terakhir letupan bintang yang besar ataupun lebih dikenali sebagai big bang."Saya nak ambil sifat-sifat bintang ini. Biarlah album saya ini akan popular sehingga 'meletup'," katanya.Aqasha memberitahu, lagu-lagu album itu telah pun disiarkan di corong radio tetapi masih kurang mendapat publisiti."Ini mungkin kerana saya belum membuat promosi secara menyeluruh. Selepas penggambaran Dendam Orang Minyak, saya akan membuat promosi secara intensif," katanya.Pun begitu, dia akan terlibat pula dengan penggambaran drama bersiri 13 episod iaitu Pengantin Untuk Dijual di Astro.