Aida Radzwill hadir pada sebutan kedua tuntutan fasakh cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNISEBELUM membuat keputusan untuk memohon fasakh, dramatis terkenal Aida Rahim atau dikenali sebagai Aida Radzwill melakukan solat Istiharah sebelum membuat keputusan menuntut cerai.Akhirnya, dia nekad untuk bercerai dengan suaminya, pelakon dan penyanyi Joe Radzwill pada 27 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Bagaimanapun, pelakon drama Sanggar Cinta Raudhah itu mengakui masih tinggal sebumbung dengan suaminya itu tetapi tidur berasingan.Malah sejak akhir-akhir ini, dia kerap menerima tawaran kerja melibatkan penggambaran luar dari Kuala Lumpur.“Tiga bulan setengah lalu, saya menjalani penggambaran di Kota Bharu, Kelantan dan sepanjang tahun ini saya selalu mengambil tawaran luar dari Kuala Lumpur,” katanya di luar mahkamah sewaktu meghadiri sebutan kedua kes tersebut di mahkamah itu semalam.Dalam pada itu, Joe dalam temubual berasingan mengaku dia dan Aida sebenarnya mempunyai masalah dalam rumah tangga. Namun dia berhasrat untuk menyelesaikan masalah tersebut sendiri tanpa dirujuk ke mahkamah.Ini kerana dia terkejut dan tidak mengetahui apa-apa tentang tuntutan cerai fasakh yang dimohon oleh isterinya itu.“Saya rasa tak adil kerana dia merancang perkara ini (tuntutan fasakh) tanpa pengetahuan saya. Dia langsung tidak berbincang dengan saya.“Jadi, saya tidak sempat berbuat apa-apa,” jelasnya dalam nada terkilan.Hakim Syarie Mohamad Yusri Kassim menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan semula bagi membolehkan plaintif memfailkan jawapan.Pada 3 September 2009 pasangan itu mengesahkan pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.Pasangan itu bernikah di Yala, selatan Thailand pada 6 November 2002. Mereka tidak dikurniakan anak sepanjang perkahwinan mereka bagaimanapun masing-masing mempunyai cahaya mata bersama bekas pasangan terdulu.