suria

Konsert Suria FM 24 Julai

Suria FM janji terbaik untuk konsert sulung mereka. Foto The Star
Suria FM janji terbaik untuk konsert sulung mereka. Foto The Star
Suria FM janji terbaik untuk konsert sulung mereka. Foto The Star

KONSERT kemuncak Suria FM 2010 yang bakal diadakan pada 24 Julai ini akan menjanjikan kelainan selepas siri jelajah 'Suria FM Rancak Tour' yang diadakan akhir tahun lepas.

Konsert tersebut turut membariskan artis-artis terkenal tanah air seperti Anuar Zain, Aizat, Hattan, Kumpulan Slam, Black Mentor, One Nation Emcee, Jinbara, Akim, Mawi dan ramai lagi. Dalam pada itu, bagi menghangatkan lagi konsert tersebut, Mini Kemuncak Suria FM akan diadakan di beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Johor pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Julai.

Peminat artis juga berpeluang untuk mendapatkan pas hadapan pentas bagi menyaksikan konsert tersebut.

Menurut Pengarah Program Suria FM, Hawa Abdul Hamid, Konsert terbesar yang dianjurkan itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada peminat stesen radio itu yang kian bertambah.

"Dari kajian terbaru pendengar Suria FM semakin meningkat jadi sebagai tanda penghargaan dan sekaligus ingin merapatkan lagi hubungan antara penyampai dan peminat.

"Banyak aktiviti dan pengisian yang sedang dirancang untuk memastikan acara bersejarah ini menjadi satu pengalaman yang terbaik.

"Sebelum acara kemuncak, mini konsert juga akan diadakan bagi menarik peminat yang bertuah untuk bersama-sama dengan penyampai Suria FM dalam acara kemuncak nanti," jelasnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain