Penyanyi, Jay-Z dan Beyonce Knowles menyaksikan The Boston Celtics berlawan dengan The Cleveland Cavaliers semasa perlawanan NBA di Boston, pada 7 Mei, 2010. - Foto REUTERSARTIS antarabangsa, Beyonce Knowles dilaporkan berselisih faham dengan ayahnya, Matthew Knowles yang juga bertindak sebagai pengurusnya.Menurut sumber, penyanyi itu terkejut apabila mengetahui ayahnya berlaku curang dengan seorang wanita yang lebih muda 20 tahun daripadanya sehingga melahirkan seorang anak. Sumber berkata, seorang pegawai syarikat rakaman Columbia turut bimbang perhubungan renggang anak dan bapa itu akan menjejaskan kerjaya seni penyanyi itu."Beyonce terkejut apabila mengetahui ayahnya telah berlaku curang kepada ibunya. Peristiwa itu memberi satu tamparan maha hebat kepadanya," kata sumber kepada media.Sumber memberitahu, Beyonce enggan berkomunikasi dengan bapanya dan ia menyukarkan bapanya menguruskan kerjayanya."Sesetengah orang di Columbia fikir adalah lebih baik untuk menggugurkan Knowles daripada jawatannya," ujarnya.Bagaimanapun, wakil Beyonce menyangkal perkara tersebut. "Tidak ada kebenaran tentang perkara ini. Ia adalah palsu semata-mata."