SETELAH disoal siasat sejak lebih dua minggu lalu, Ariel mengakui dia memiliki video lucahnya yang turut mengaitkan selebriti Luna Maya dan Cut Tari.Perkara itu disahkan oleh salah seorang sumber detikhot.com menerusi telefon semalam. Kata sumber itu, Ariel sudah mengaku dirinya memang terlibat dengan video-video lucah tersebut sejak awal lagi. "Ariel juga sudah mengaku sejak pertama kali disoal siasat," ujarnya.Sumber itu berkata waktu itu pihak polis tidak mahu terburu-buru mengesahkan Ariel sebagai suspek utama. Mereka juga memerlukan bukti-bukti lain selain pengakuan Ariel."Polis mesti mempunyai bukti yang kuat mengikut undang-undang," jelasnya.