FILEM Top Gun yang sangat popular pada tahun 80-an yang dibintangi oleh Tom Cruise akan dibikin sekuelnya.Menurut Aceshowbiz semalam, penerbit Top Gun, Jerry Bruckheimer, mempunyai perancangan untuk mengembalikan kejayaan juruterbang pesawat tempur, Pete 'Maverick' Mitchell. Beberapa produser eksekutif juga telah bersetuju dengan perancangan Jerry itu. "Kita sedang memikirkan bagaimana caranya menghidupkan karakter Maverick. Lebih-lebih lagi dunia penerbangan sudah banyak berubah sekarang. Jadi, kita perlu cara yang tepat untuk menghubungkannya dengan Maverick," jelasnya.Top Gun yang diarahkan oleh Tony Scott dan buat pertama kalinya ditayangkan di pawagam pada 16 Mei 1986. Filem tersebut sangat berjaya pada waktu itu dan mengumpul kutipan sebanyak AS$ 353 juta.