suria

Ziana Mengaku Jadi Penyumbang Kemenangan Mohd.

Ketika debaran mengumumkan kemenangan Mohd dan Ziana Zain pada malam KOnsert Mentor Akhir Ahad lalu. foto The Star Oleh M. Azhar Arif
 Ketika debaran mengumumkan kemenangan Mohd dan Ziana Zain pada malam KOnsert Mentor Akhir Ahad lalu. foto The Star Oleh M. Azhar Arif
Ketika debaran mengumumkan kemenangan Mohd dan Ziana Zain pada malam KOnsert Mentor Akhir Ahad lalu. foto The Star Oleh M. Azhar Arif

MENTOR musim keempat malam Ahad lalu telah berpihak kepada Mohd. Izwan Mohd. Nor,22 atau Mohd. dan Ziana Zain sebagai juara untuk musim ini.

Namun tanggapan segelintir peminat mengatakan populariti Ziana Zain yang menjadi menyumbang kepada kemenangan peserta itu.

Rata-rata yang menyaksikan program realiti yang bermula pada 2 Mei lalu sudah boleh menjangkakan bahawa Mohd. mampu meraih undian daripada pengundi melalui khdimat pesanan ringkas (SMS) yang mewakili 30 peratus.

Perkara tersebut juga dilihat apabila dewan MBSA pada malam itu dipenuhi dengan penyokong Ziana.

Sorakan peminat Ziana yang tidak putus-putus juga membangkitkan semangat Mohd. untuk memberikan persembahan terbaik.

Pada sidang media selepas berakhirnya pertandingan tersebut Ziana mengakui perkara tersebut namun dia tidak menafikan bakat dan usaha Mohd untuk berjaya mendorong mereka kearah itu.

"Saya tak menyangkal pengaruh mentor merupakan salah satu faktor menyumbang kepada markah Mohd, namun saya lebih tekankan markah dan pandangan daripada juri-juri profesional. Alhamdulilah dari komen yang diterima mereka juga berpuas hati dengan persembahan Mohd.

"Selain itu mungkin kenaifan dan keikhlasan Mohd untuk menjadi penyanyi membuatkan dia menjadi pilihan penonton. Jujurnya memang saya tidak pernah melihat manusia senaif dia. Dia benar-benar mahu belajar jadi seorang penyanyi.

"Bagi saya jika mentor bagus tetapi protoge tak bagus pun tidak boleh menang juga, dua-dua mesti bagus," jelasnya yang turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.

Ketika ditanya tentang percaturannya mengambil Mohd mengantikan protoge sebelumnya iaitu Thalia adalah suatu percaturan yang tepat, Ziana memberitahu perkara tersebut hanya kebetulan.

"Saya tidak merancang apa yang berlaku sepanjang Mentor ini, itu cuma satu kebetulan. Ia telah ditakdirkan dan setiap yang berlaku itu ada perjalanannya.

"Apa yang berlaku di hadapan, saya akan tempuhinya, apapun saya rasa Mohd sudah ditakdirkan kepada saya biarpun pada saat terakhir," jelas Ziana ringkas.

Sementara itu, Mohd atau nama Mohd Izwan Mohd Nor, 22, mengakui persaingan sangat sengit dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri untuk menang. Mlaah dia mengakui populariti mentornya mengangkat dia sebagai juara musim ini.

"Dari segi persaingan Nani dan Adi ada kekuatan mereka sendiri. Namun saya yakin kemenangan ini kerana kelebihan pada suara saya dibantu dengan mentor saya kak Ziana.

"Secara jujurnya selama empat bulan ini banyak lagi yang belum saya belajar daripada kak Ziana untuk jadi seorang artis, apatah lagi seperti dia," ujar Mohd.

Ketika ditanya tentang kesediannya menjadi artis, Mohd menyatakan dia sudah bersedia menempuhi industri ini.

"Insyaallah saya bersedia untuk menjadi seorang artis. Namun saya juga masih perlu tunjuk ajar dan bimbingan lagi terutamanya dari persembahan, nyanyian dan tarian.

"Dari segi genre pula saya masih belum berbincang dengan mentor saya. Namun kalau diberi pilihan saya lebih gemar konsep Pop Rock," ujarnya yang ingin mengikut jejak langkah Faizal Tahir.

Pada Konsert akhir itu, Mohd telah memmbawakan lagu baru ciptaan Aswandy berjudul Cinta, lagu solo Tragedi Oktober dan Itu Kamu dan persembahan duet dengan bekas juara Mentor musim kedua Fiq dengan mendendangkan lagu 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang.

Dengan 71 markah menewaskan Adi dan Nani masing-masing mendapat 62 dan 51, anak kelahiran Johor ini membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah berjumlah RM100,000 serta kontrak rakaman dengan Monkey Bone.

Manakala naib juara disandang oleh Adi Hamiz Johar, protege Dayang Nurfaizah, dengan 62 markah, dan dia membawa pulang wang tunai RM30,000. Sementara protege Azmeer, Nani yang hanya mengumpul markah keseluruhan sebanyak 51,dengan membawa pulang RM10,000.

Pada malam tersebut juga turut diserikan dengan peserta terbaik ujibaka iaitu Saiful dengan membawakan lagu Misha Omar, Pulangkan. Manakala Merah memdendangkan lagu Langit dan Bumi.

Artikel Berikut

Artikel Lain