Cecilia Cheung. - Foto APPELAKON Hong Kong, Cecilia Cheung, 30, telah mengesahkan untuk kembali ke industri hiburan selepas menangguhkan kerjayanya selama empat tahun kerana perkahwinan, kelahiran dan terlibat dalam skandal seks.Sebagai permulaannya, dia akan tampil dalam filem CJ7: The Cartoon arahan pengarah Yee Tung-Shing. Berbicara tentang perancangan masa depannya semasa tayangan perdana filem tersebut, Selasa, Cecilia berkata, dia akan membuat yang terbaik dan berserah kepada Tuhan."Saya tidak terburu-buru untuk mencapai tujuan tertentu, sekarang saya percaya takdir menentukan banyak perkara," katanya kepada sebuah media.Dalam tempoh empat tahun lalu, aktres jelita itu hanya menjaga anak-anaknya, Lucas, 4, dan Quintus yang berusia dua bulan di rumah.