Ainul bersedia menerima kritikan mengenai nyanyiannya. - Foto oleh DALILAH NADIAH MOHD SHAHRIFUDDINDEK kerana suaranya dikatakan tidak sedap dan masih belum layak bergelar seorang penyanyi, Ainul Aishah tidak memberi apa-apa reaksi negatif sebaliknya hanya mampu tersenyum.Biar apa pun kritikan pedas atau negatif yang bakal diterimanya selepas ini, Ainul sudah bersedia untuk berhadapan dengan perkara itu. Dari dunia lakonan, wanita berusia 25 tahun itu mahu diiktiraf sebagai penyanyi pula. Dia baru sahaja melancarkan single pertamanya berjudul The Old Him di Solaris Dutamas, Rabu.Lagu dalam bahasa Inggeris itu merupakan lagu yang diinspirasikan daripada kisah hidupnya dan him pula merujuk kepada seseorang yang rapat dengannya.Ainul yang turut membuat persembahan nyanyian di majlis itu akui tidak pernah mengikuti mana-mana kelas vokal secara intensif. Dia menceburi bidang ini kerana minat dan bakat dalam bidang muzik.Pelakon drama bersiri Senja Permai dan Spa Qistina itu bukan sahaja menceburkan diri dalam bidang nyanyian, malah turut menunjukkan bakatnya dalam bidang gubahan lagu dan lirik.“Saya serahkan kepada pendengar untuk menilai vokal saya. Jadi, kalau orang kata saya tak boleh menyanyi pun, saya senyum sahaja. Saya harus percaya dengan apa yang saya lakukan ini kerana minat dan akan lakukan sehingga orang kata saya perlu berhenti menyanyi.“Saya tak pernah pergi kelas vokal dan semuanya saya lakukan menerusi pemerhatian sendiri. Saya masih belajar dan merancang untuk belajar vokal pada hujung tahun ini. Setakat ini, saya berlatih vokal secara sendiri seperti latihan pernafasan di kelas teater dan selebihnya dibantu oleh produser saya iaitu AJ (Pop Shuvit).“Memang saya minat menyanyi lebih daripada berlakon. Kalau boleh saya nak serius dalam bidang ini. Setakat ini, saya mahu tumpukan kepada genre pop rock,” katanya.Walaupun tidak mempunyai asas dalam bidang seni suara, anak kedua daripada empat beradik itu menganggap cara yang dipraktikkan seperti penyanyi indie.“Saya ikut cara sendiri sebab minat. Jadi, saya akan lakukan bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang penghibur yang bagus selepas ini,” ujarnya yang telah mempunyai tujuh koleksi lagu ciptaan sendiri.Penyanyi berasal dari Kuala Lumpur itu mensasarkan lagu-lagu nyanyiannya kepada pelajar sekolah menengah dan golongan remaja berusia 20-an. Memandangkan dirinya juga masih muda, jadi dia menganggap lagu itu sesuai untuk mereka yang berjiwa muda sepertinya.Selain The Old Him, lagu-lagu Ainul yang akan diterbitkan pada masa akan datang termasuklah Don’t Worry Honey dan You Make Me Wanna Die.Sementara itu Pengarah urusan Aquila Emas, Syarizan Md. Isa berkata, dia percaya dengan bakat yang ada pada Ainul sekali gus tidak teragak-agak mengiktiraf Ainul sebagai penyanyi pertama di bawah syarikatnya.Tambahnya lagi, selain Ainul, dua artis lain yang dalam proses menjadi artis syarikat itu ialah termasuk Tony Eusoff dan Serina Redzuawan yang setakat ini aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan.